Moto2: Tiada Penaja Utama!

Masih ada beberapa bulan lagi untuk permulaan musim 2020 untuk pelumba Malaysia kembali beraksi. Hafizh Syahrin yang bakal berlumba bersama pasukan Aspar dalam kategori Moto2 pada tahun ini. Pasukan Aspar akan menggunakan casis Speed Up Racing berlainan dari casis Moto2 yang pernah digunakan Hafizh dua tahun lepas. Tetapi sekarang beliau masih lagi menanti tajaan utama untuk beliau pada musim 2020 ini.

Hafizh Syahrin – “Buat masa ini saya masih belum ada penaja utama, saya masih menantikan jawapan dari pihak-pihak tertentu. Saya akan bekerja keras dan tetap memberikan fokus, pada musim ini saya tidak mempunyai gaji untuk berlumba.”

Hafizh yang percayakan pada rezeki tidak mengharapkan dan memikirkan tentang tajaan sebalik lebih memberi tumpuan untuk perlumbaan pada tahun ini. Sekiranya tiada penaja beliau hanya ingin berusaha dan lebih menyerlah dalam perlumbaan untuk tahun ini.

Nampaknya masih lagi tiada pihak-pihak yang ingin menaja pelumba dua roda Malaysia, adakah kerana sukan ini tidak popular di Malaysia. Walau apa pun ianya tidak akan mengganggu kerjaya Hafizh untuk terus berlumba dan mengharumkan nama negara.