Moto2: Tiada Lagi Petronas Dalam Kamus EL Pescao

Berita yang digembar-gemburkan pada Malaysia Grand Prix Oktober lalu kini sudah mula menular, dimana tiada lagi penglibatan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin @ El Pescao. Ini kerana Petronas ingin memberi tumpuan dari peringkat lebih bawah.

Jesteru secara langsung Hafizh Syahrin tidak lagi membawa tema Petronas pada tahun hadapan, disebaliknya beliau akan bekerjsama dibawah pasukan SIC Racing. Pasukan SIC Racing pula akan cuba memastikan Hafizh beraksi di arena utama kejohanan MotoGP pada tahun 2019. Manakala kelas kategori Moto3 akan menggunakan nama pasukan Petronas Sprinta Racing tetapi diuruskan oleh pasukan SIC Racing pada musim hadapan

Hafizh Syahrin yang baru-baru ini telah melansungkan majlis perkahwinan beliau bersama pasangan pada hujung minggu yang lalu. Beliau dan pasangan iaitu Suzana Manaf akan pergi berbulan madu pada hari ini.

credit photo – KhairulZaiful