Moto2: Siapa Yang Bakal Bersama Hafizh Syahrin Musim 2018

Siapa tidak kenal pelumba negara yang berbakat besar dalam perlumbaan kejohanan dunia Moto2, iaitu Hafizh Syahrin dan lebih dikenali sebagai Pescao. Pelbagai kabar angin, desas desus yang telah menular baru-baru ini menyatakan Petronas dan Raceline tidak lagi berkerjasama dalam pengurusan pelumba Moto2 tersebut. Hala tuju Hafizh Syahrin pada musim ini masih lagi tergantung. Perkhabaran terbaru dari Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali cuba melamar Hafizh untuk bersama pasukan mereka pada musim 2018.Datuk Razlan ingin membentuk satu pasukan bagi kategori Moto2, dimana beliau menyatakan, SIC Racing sudah menghantar permohonan pasukan baharu serta mendaftar nama Hafizh Syahrin ke Dorna selaku pelumba dibawah pengurusan SIC Racing. (sumber BHarian)

Persoalannya adakah pasukan SIC Racing hanya mendaftar seorang pelumba sahaja seperti mana pasukan Petronas. Adakah SIC Racing sudah mempunyai calon pelumba kedua bagi pasukan mereka. Adakah calon tersebut juga merupakan pelumba negara atau pelumba dari luar negara. Siapakah calon-calon yang layak untuk berada di kejohanan Moto2 bersama-sama Hafizh Syahrin sekiranya beliau bersama pasukan SIC Racing.

Sandro Cortese (Shahrul), yang kini berada di pasukan Dynavolt berkemungkinan akan ke pasukan Forward Racing, tetapi beliau sering kali dilihat bersama Hafizh Syahrin. Beliau berada di kedudukan ke-18 kejohanan.

Zhaqwan Zaidi, pelumba dari pasukan MUSASHi Boon Siew Honda Racing (Asia Road Racing Championship) yang pernah menyatakan hasrat untuk beraksi di kejohanan Moto2. Beliau menyatakan sudah tiba masanya untuk melangkah satu peringkat yang lebih tinggi. Beliau kini berada di kedudukan ke-4 kejohanan.

Azlan Shah Kamaruzaman, yang lebih ramai peminat di kejohanan ARRC kini mendahului mata keseluruhan. Beliau juga merupakan calon terbaik untuk buat “Come Back” di Moto2, tetapi beliau kelihatan lebih berpotensi bersama jentera Kawasaki.

Zulfahmi Khairuddin, satu-satunya pelumba negara yang menyertai kejohanan WSBK (kategori WSSP 600cc) bersama pasukan Orelac Racing. Beliau kini sudah masuk 2 musim di kejohanan tersebut dan masih belum diketahui hala tuju untuk musim 2018.

Antara calon-calon Asia yang dianggap menyerlah pada tahun ini –

Tatsuki Suzuki – SIC58 Squadra Corse (Moto3 – P14)
Adam Norrodin – SIC Racing Team (Moto3 – P19)
Dimas Ekky Pratama – Astra Honda Racing Team (CEV Moto2 – P7)

Perlumbaan MotoGP masih lagi berbaki 6 pusingan sebelum berakhir untuk musim 2017, ia adalah jangka masa yang singkat. Segala persiapan untuk musim 2018 sudah mula dilakukan, perjanjian kontrak pelumba bersama pasukan-pasukan sudah bermula. Jika betul pasukan SIC Racing akan menyertai kejohanan dunia Moto2, maka akan meningkatkan lagi populariti sukan permotoran di Malaysia. Tahun 2020 sudah tiba masanya SIC Racing dan Petronas Motorsport bergabung dan mendaftar ke kejohanan dunia MotoGP!

credit photo – SIC Racing Team