Moto2: Sah Zulfahmi Khairuddin Pelumba Pasukan SIC Racing

Pasukan SIC Racing telah mengesahkan bahawa Zulfahmi Khairuddin akan menjadi pelumba kelas Moto2 dibawah pengurusan SIC Racing sendiri. Beliau akan melakukan ujian bersama jentera Kalex pada 6hb Februari di Valencia nanti.

Ini adalah satu kejutan buat peminta MotoGP di Malaysia, kerana beliau yang sebelum ini merupakan pelumba World Supersport 600c telah tamat kontrak bersama pasukan Orelac.

Dato Razlan – “Kami sekali lagi ingin menyaksikan kebangkitan Zulfahmi kembali berlumba di Grand Prix, beliau yang pernah menggemparkan tanah air pada 2012. Dibekalkan pengalaman beliau beraksi di World Supersport pasti membuahkan hasil yang baik. Diharapak beliau dapat mengadaptasi jentera Moto2 bersama pasukan.”

Zulfahmi Khairuddin – “Terima kasih pada SIC terutama Dato Razlan yang telah memberi kepercayaan pada saya, superbike dan Moto2 adalah berbeza tetapi saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik.”

Sumber – SIC