Moto2: Nasib Zulfahmi Kini di Hujung Tanduk

Zulfahmi Khairuddin tidak asing lagi pelumb yang mula membangkitkan semangat kesukanan permotoran MotoGP di Malaysia di awal 2012, berjaya menaiki podium sebanyak dua kali dalam Moto3 ketika tahun itu. Beliau ketika merupakan persaing terkuat bersama-sama pelumba antarabangsa seperti Sandro Cortese, Luis Salom, Alex Rins, Maverick Vinales dan Jonas Folger. Kini beliau kembali beraksi bersama pasukan SIC Racing Moto2 menggantikan Hafizh Syahrin, setelah 4 pusingan beliau kelihatan masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri bersama jentera Kalex Moto2 tersebut.

Kelihatan Dato Razlan yang telah terbang ke Jerez pada awal minggu lalu menjadi tanda tanya, dikabarkan beliau kesana kerana ingin berjumpa dengan Zulfahmi berkaitan dengan situasi yang dihadapi oleh beliau ketika ini. Mereka dilihat bersama-sama Adam, Ayumu, Hafizh menjalani sesi latihan juga sesi makan malam bersama pasukan.

Setelah 4 pusingan peminat masih menantikan sentuhan dari Zulfahmi untuk berada di kelompok yang terbaik pada kategori tersebut, setelah diberi peluang untuk membuktikan beliau masih lagi berbisa dengan menggantikan Hafizh Syahrin kini menunjukkan tiada hasil setelah 4 pusingan. Peminat-peminat mula mengeluarkan idealogi supaya Zulfahmi digantikan dengan pelumba lain.

Pengurus pasukan juga telah menyatakan beliau bersama-sama Zulfahmi cuba untuk melakukan sehabis baik dari segi penyediaan Jentera namun mereka sudah melakukan yang terbaik pada jentera Kalex Moto2 tersebut. Kini harapan hanya pada Zulfahmi untuk memberi segala yang ada pada diri beliau ketika bersama jentera tersebut.

Kini Azlan Shah telah dikaitkan untuk menggantikan Zulfahmi, dengan status terbaru beliau di awal minggu lalu yang menunjukkan beliau tengah dalam proses pembelajaran setiap litar. Gambarajah setiap litar tersebut juga merupakan litar-litar yang digunakan oleh setiap pusingan MotoGP. Jadi peminat mula menyebarkan bahawa Azlan Shah akan menggantikan Zulfahmi dengan mengkaitkan punca kenapa Dato Razlan yang berada di Jerez pada minggu lalu.

 

photo – SIC Racing Team