Moto2: Jika Hafizh Ke Tech 3, Siapa Pengganti Beliau?

Spekulasi tidak menyatakan ianya adalah benar tetapi boleh berkait rapat dengan setiap perkara. Jadi jika spekulasi ini adalah benar sebenarnya, bagaimana pula dengan pasukan SIC Racing yang sudah berdaftar untuk kategori Grand Prix Moto2. Seperti mana yang kita tahu Hafizh Syahrin telah berhijrah ke pasukan baru dari Petronas Sprinta ke SIC Racing di bawah penglolaan Sepang International Circuit. Hafizh Syahrin kini sedang bergiat melakukan aktiviti latihan bersama-sama rakan sepasukan berlainan kategori iaitu Adam Norrodin, mungkin juga boleh dinyatakan bekas rakan sepasukan beliau.

Yang menjadi tanda tanya, siapa akan menggantikan Hafizh Syahrin di Moto2 pada musim ini jika beliau ke Yamaha Tech 3. Berikut adalah calon-calon yang terdekat

  1. Azlan Shah (ARRC)
  2. Zulfahmi Khairuddin (Program MotoGP)
  3. Zhaqwan Zaidi (ARRC)
  4. Adam Norrodin (Moto3)
  5. Ramdan Rosli (Cubprix & MSBK)

Lima calon pelumba yang menjadi pilihan Motortvmy mengikut dari segi pengalaman mereka di persada antarabangsa. Azlan Shah adalah pelumba yang berpengalaman pernah beraksi untuk Moto2, kini beliau lebih memberi tumpuan kepada ARRC bersama jentera Kawasaki. Zulfahmi Khairuddin antara pelumba yang pernah menggemparkan negara berjaya menaiki podium pada kategori Moto3, juga menaiki podium pada WSBK kategori Supersport di Sepang dua tahun lalu. Kini beliau bersama-sama SIC sedang giat bersama program “Impian ke MotoGP”, beliau juga merupakan calon yang berpengalaman layak untuk dipanggil.

Zhaqwan Zaidi pernah menyatakan hasrat beliau yang sudah bersedia untuk ke arena yang lebih tinggi. Manakala Adam Norrodin tampak lebih selesa berada di Moto3 buat masa bersama rakan sepasukan beliau Ayumu Sasaki, dan yang terakhir Ramdan Rosli kini beraksi di Cubprix. Beliau adalah pelumba yang mempunyai bakat tersendiri, sukar ditanding pada peringkat Cubprix dan MSBK.

Berikut adalah spekulasi semata-mata, masih belum ada kenyataan rasmi dari mana-mana pihak. Bagi Motortvmy, Malaysia kini sedang berkembang di arena sukan permotoran lebih-lebih lagi peringkat antarabangsa. Cubprix, MSBK, ARRC, Impian MotoGP adalah cabang untuk anak-anak muda negara untuk cuba mengasah bakat mereka. Tiada yang mustahil jika deruman enjin adalah sumber inspirasi anda. “Passionate about Motorsport is all about”