Moto2: Hafizh Berhabis-Habisan di Sepang

Drama Moto2 di Sepang penuh dengan aksi mendebarkan pada permulaan perlumbaan, dimana pelanggaran diantara Khairul Idham Pawi dan Luca Marini pada sudut selekoh pertama. Malang pula buat A. Marquez pula terjatuh selepas sudut selekoh kedua, dan diikuti oleh Nakagami dan Cortese sehingga menyebabkan jentera Cortese terbakar.

Hafizh yang bermula di petak ke-10 memulakan perlumbaan dengan baik, cuba menyusur di ruang dalam untuk memintas 9 pelumba di hadapan. Hafizh mula mengorak langkah untuk memintas Quartararo tetapi tidak berjaya. Beliau kemudian dipintas oleh Pasini, setelah 7 pusingan 8 pelumba tidak dapat meneruskan perlumbaan pada hari ini.

Hafizh diekori rapat oleh Stefano Manzi dan Schrotter untuk merebut posisi ke-7. Tetapi Hafizh tidak dapat mengekalkan momentum jika dilihat pada kelajuan maksima rata-rata pelumba membuat 260km/h manakala data kelajuan maksima yang dicatatkan pada oleh beliau hanya 256km/h sehingga beliau menurunkan di kedudukan ke-9.

Pasukan Redbull sekali berjaya menaiki podium untuk kedudukan pertama dan kedua, Oliviera dan Brad Binder, Franco Morbidelli juara dunia Moto2 2017 pula berada di kedudukan ke-3. Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 setelah bermatian-matian pada dua pusingan terakhir dengan keadaan cuaca hujan mulai turun. Beliau berjaya memintas Quartararo pada sudut selekoh terakhir. Syabas dan Tahniah.

credit photo – KhairulZaiful