Moto2: Hafizh Berganding Bahu Bersama Valentino Pada 2021!

Masih lagi dalam berita hangat hasrat Valentino Rossi untuk berlumba di bawah pasukan Petronas Yamaha SRT pada musim 2021, Dato Razlan menyatakan peluang keemasan untuk Hafizh Syahrin pada musim 2021. Seperti mana yang kita tahu pada musim 2020, Hafizh Syahrin akan kembali berlumba di peringkat Moto2 bersama pasukan Aspar. Beliau akan kembali bersama sebahagian krew lama Moto2 beliau untuk bersaing menggunakan jentera Truimph dan menggunakan casis Speed Up.

Mengikut ulasan dari Hafizh dan pasukan Aspar pada sesi ujian tahun lalu memberikan hasil yang positif, dan ianya hanyalah sesi keserasian bersama jentera. Hanya beberapa bulan lagi akan bermula musim 2020 MotoGP, Hafizh ketika ini sedang giat membuat latihan untuk persediaan di Qatar nanti.

Dato Razlan – “Sebagai ikon sukan permotoran negara beliau perlu bekerja keras dalam Moto2. Jika beliau menunjukkan hasil yang cemerlang, berada di kedudukan 5 terbaik keseluruhan dalam Moto2. Ada kemungkinan beliau akan diserap ke Petronas Yamaha SRT tahun 2021.”

Dato Razlan masih lagi yakin yang Hafizh mampu buat yang terbaik, beliau juga ingin Hafizh kembali ke MotoGP bersama pasukan di bawah pengurusan beliau. Sememangnya peminat-peminat di Malaysia mahu melihat Hafizh berlumba menggunakan jentera Yamaha M1 yang lebih serasi dengan gaya tunggangan Hafizh. Jadi Hafizh seharusnya dan semestinya berada di kelompok 5 terbaik pada tahun ini. Adakah Hafizh Syahrin akan menjadi rakan sepasukan Valentino Rossi pada 2021.