Moto2: Dato B ‘ONEXOX TKKR’ Tunaikan Janji

Gandingan ONEXOX TKKR bersama pasukan SAG Racing bermula pada tahun ini, dengan meletakkan Remy Gardner dan Tetsuta Nagashima selaku pelumba Moto2 mereka. Antara pelumba yang pernah bekerjasama dengan pasukan SAG Racing adalah Isaac Vinales dan mendiang Luis Salom. Kerjasama TKKR dan SAG bukan hanya pada kejuaraan Moto2 Dunia tetapi mereka bersama-sama menyertai kejuaraan CEV Moto2 juga.

Disebalik khabar angin Tetsuta Nagashima akan beralih ke pasukan Ajo, Hector Garzo ke TKKR. Tetapi berita ini tidak bertahan lama apabila ONEXOX TKKR telah mengemaskini laman sosial mereka dengan perjanjian baru bersama pelumba tempatan. Kejutan ini lantas membuktikan janji-janji yang ONEXOX TKKR cuba untuk membawa pelumba Malaysia ke peringkat lebih tinggi di kejuaraan Grand Prix. ONEXOX TKKR pernah menyatakan hasrat mereka ingin membawa pelumba Malaysia untuk beraksi di kejuaraan Grand Prix tetapi memerlukan sokongan-sokongan dari peminat sukan permotoran tempatan bagi merealisasikan impian mereka. Mungkin di tahun pertama ini mereka cuba mengenali pasukan SAG Racing dengan lebih mendalam sebelum mengorak langkah menyakinkan pasukan tersebut dengan membawa masuk pelumba tempatan.

Pelumba tempatan tersebut adalah tidak asing lagi dalam kejohanan Cub Prix, ‘Rookie’ dalam kejuaraan CEV Moto2 dan kejuaraan Asia Road Racing. Berikut adalah sedikit sebanyak keputusan dan analisis ketika beliau di CEV Moto2. Beliau berjaya menaiki podium ketika di Barcelona dan merupakan podium beliau pertama. Ada beberapa perlumbaan yang beliau gagal habiskan akibat kemalangan dan masalah teknikal tetapi, posisi beliau ketika itu adalah berada di posisi 10 teratas. Ini menunjukkan beliau mempunyai potensi. Kasma Daniel Kasmayuddin yang berusia 19 tahun adalah pelumba yang berjaya memikat hati TKKR dan SAG. Beliau, TKKR dan SAG akan bersama-sama dalam kejuaraan Moto2 selama 3 tahun. Sesuatu tempoh yang lama dan beliau mempunyai masa untuk menyesuaikan dan mengubah segala teknik penunggangan beliau.

Berikut adalah sedikit sebanyak keputusan dan analisis ketika beliau di CEV Moto2. Beliau berjaya menaiki podium ketika di Barcelona dan merupakan podium beliau pertama. Ada beberapa perlumbaan yang beliau gagal habiskan akibat kemalangan dan masalah teknikal tetapi, posisi beliau ketika itu adalah berada di posisi 10 teratas. Ini menunjukkan beliau mempunyai potensi. Kasma Daniel Kasmayuddin yang berusia 19 tahun adalah pelumba yang berjaya memikat hati TKKR dan SAG. Beliau, TKKR dan SAG akan bersama-sama dalam kejuaraan Moto2 selama 3 tahun. Sesuatu tempoh yang lama dan beliau mempunyai masa untuk menyesuaikan dan mengubah segala teknik penunggangan beliau.

Kasma Daniel pernah beraksi di kejuaraan CEV Moto3 tetapi sukar untuk beliau menonjol kerana bilangan pelumba yang ramai dalam satu perlumbaan. Kasma Daniel juga merupakan pelumba Malaysia yang ketiga akan beraksi di musim 2020 telah diumumkan setakat ini. Bersama beliau adalah Hafizh Syahrin dalam kategori Moto2 dan juga Khairul Idham Pawi untuk kategori Moto3. Sedikit pengubat buat peminat-peminat sukan permotoran di Malaysia kerana dapat melihat pelumba tiga pelumba Malaysia untuk Kejuaraan Motorsikal Grand Prix 2020.