Rossi: Morbidelli Merupakan ‘Masalah Besar’ Dalam MotoGP!

Franco Morbidelli bersedia untuk membuat sejarah selaku pelumba dari Akademi VR46, sekali dan mungkin dua kali, dalam masa terdekat.
Pelumba dari Itali kini sudah pasti akan menjadi pelumba dari Akademi VR46 yang pertama ke arena MotoGP, setelah menandatangani kontrak untuk berada dikelas utama bersama pasukan Marc VDS. Dan Morbidelli juga dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi juara dunia pertama sebagai pelumba Akademi VR46, beliau kini berada didepan dengan perbezaan 34 mata ke atas saingan terdekat Thomas Luthi di separuh perlumbaan pada musim ini.
Jadi bagaimana Valentino Rossi merasakan sebagai kawan dan juga mentor kepada Morbidelli untuk perlumbaan MotoGP tahun depan?
Valentino Rossi – “Saya telah mengenali Franco sejak sekian lama, saya fikir dia adalah salah seorang pelumba pertama di Akademi VR46, Ibunya berasal dari Brazil, bapanya berasal dari Rom, tetapi bapanya adalah bekas pelumba dan berpindah ke Tavullia, kerana dia mahu meletakkan Franco dalam kedudukan yang baik untuk menjadikannya seorang pelumba.”

– “Ayah Franco pergi ke Graziano, dan berkata, ‘bolehkah kamu membantu Franco?’ Jadi kali pertama saya jumpa Franco dengan ayah saya, lama dahulu, dan dia mula berlatih dengan saya dan dengan Marco Simoncelli menggunakan YZ450F. Dari saat itu kita menjadi kawan.”
– “Saya fikir dia mempunyai potensi yang hebat, dia mempunyai bakat yang hebat dan dia boleh melakukannya dengan baik, tahun ini dia menunjukkan banyak prestasi yang baik, ketika kita berlatih bersama, dia merupakan masalah besar, jadi saya merasakan dia akan menjadi masalah besar Untuk semua orang di MotoGP!”

sumber – crash.net