“Miss Them Now”, Status Hafizh Syahrin di Instagram Menjadi Tanda Tanya

Pada minggu ini peminat dunia permotoran lagi-lagi peminat MotoGP di Malaysia sibuk memberi tumpuan pada ujian pra-musim yang telah bertandang di litar Sepang pada minggu ini. Pelumba yang hadir merupakan pelumba yang mempunyai ribuan peminat di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kehadiran Valentino Rossi, Marc Marquez dan yang lain-lain untuk menguji jentera mereka menjadi bahan bualan hangat buat peminat-peminat MotoGP.

Pada masa yang sama, pelumba Malaysia tidak dilupakan kelibat Zulhfahmi Khairuddin dan Zhaqwan Zaidi yang turut hadir menyaksikan ujian pra-musim. Motortvmy dan MotoGP Mania Malaysia sentiasa melihat pada media sosial pelumba Malaysia, supaya kita dapat tahu perkembangan terbaru dan aktiviti harian pelumba Malaysia lebih-lebih lagi musim 2018 sudah hampir tiba. Baru-baru ini Hafizh Syahrin dan Adam Norrodin yang berada di Spain untuk melakukan  sesi latihan bersama jurulatih mereka Aleix Santacreu seperti mengayuh basikal “Mountain” dan “Road”, sekali sekala mereka membuat latihan menggunakan jentera Motorcross untuk menguatkan lagi fizikal dan ketahanan mereka.

Pada hari Selasa yang merupakan hari terakhir ujian pra-musim di Sepang, Motortvmy melihat status terbaru Hafizh Syahrin di Instagram yang mengambil gambar beramai-ramai bersama Adam Norrodin, Habib (Mekanik), Isteri beliau dan juga krew pasukan SIC Racing yang sedang melakukan sesuatu pada jentera Kalex. Akan tetapi apa yang peliknya pada status yang ditulis oleh beliau menyatakan “Miss them now #sicracingteam #officialfanclubhafizhsyahrin”. Jika dilihat pada penulisan status ini beliau sedang bersama-sama “mereka” tetapi sudah mula merindui “mereka”.

Jadi apa yang dimaksudkan beliau yang sedang bersama-sama pasukan beliau pada waktu itu, dengan ayat yang tidak ada kene mengena dengan situasi dalam gambar tersebut. Ini hanya persoalan yang menjadi tanda tanya kerana beliau sentiasa menggunakan ayat # yang sama pada setiap status yang dikemas kini oleh beliau, Motortvmy akan cuba menyiasat lagi.

photo – IG Hafizh Syahrin