M7 Perlu Membayar Tuntutan Tunggakan Terhadap SIC, RM3.34j

Litar Antarabangsa Sepang SIC telah berjaya membuat tuntutan terhadap M7 Racing Sdn Bhd sebanyak RM3.34j. M7 Racing adalah salah sebuah anak syarikat Mutiara Motors Group. Tuntutan ini adalah tunggakan pembayaran M7 ketika menjadi penaja dalam kejohanan Moto3 Grand Prix. Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutuskan untuk memihak kepada SIC berhubung pada tuntutan ini.

SIc teruja kerana kes ini telah selesai tetapi sedikit kecewa dengan penajaan tak tergantung ini. Ini kerana dengan bekerjsama bersama syarikat-syarikat tempatan adalah satu objektif utama dalam proses pembangunan sukan permotoran di Malaysia.

SIC dan M7 mula bekerjasama pada tahun 2015 sehingga 2016, dimana penglibatan Zulfahmi Khairuddin dan Jakub Kornfeil. Manakala pada tahun 2016 kemunculan pertama Adam Norrodin menggantikan Zulfahmi dan Jakub Kornfeil kekal ketika itu.

Photo – SIC, MotoGP