Litar Portimao menjadi perlumbaan penutup MotoGP musim 2020!

Gambar: Nuno Freitas

Litar Portimao di Portugal disahkan perlumbaan MotoGP terakhir tahun ini.

Perlumbaan pengakhiran tahun 2020 telahpun ditetapkan oleh pihak Dorna Sports selaku pengurus utama MotoGP dan ianya akan mengambil tempat di litar Portimao, Portugal pada 20 – 22 November tahun ini.

Litar ini merupakan litar yang telah menjadi litar simpanan MotoGP sejak tahun 2017 lagi dan tahun ini secara rasminya litar ini akan digunakan untuk penganjuran sukan motosikal antarabangsa MotoGP.

Litar yang digelar “The Autodromo Internacional do Algarve” merupakan litar yang unik dengan ciri-ciri dan layout yang terbaik. Litar ini juga akan menjadi home race buat pelumba berkelahiran Portugis yang bersama Red Bull KTM Tech 3 iaitu Miguel Olivera

Pengurus litar dan Dorna Sports sedang berusaha untuk membawa penonton dan akan memulakan dengan 30 ribu penonton pada satu perlumbaan dan sudah pasti SOP yang terbaik akan diusahakan.

Portugal merupakan negara yang mempunyai sejarah MotoGP dan banyak pertempuran sengit berlaku di litar Estoril sebelum ini dan dengan litar Portimao ini dipilih sebagai lokasi akhir untuk tahun ini kita berharap ianya akan menyuntik semangat buat pelumba berkelahiran Portugis iaitu Miguel Olivera.

#PortugueseGP