Ligamen di buku lali Cal Crutchlow koyak di Barcelona

Gambar: Crash.net

“Sudah jatuh, di timpa tangga” – Itu adalah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang dialami oleh pelumba dari pasukan LCR Honda, Cal Crutchlow musim ini.

Cal Cruthclow terkoyak ligamen di buku lali kiri beliau ketika selesai mengambil ujian COVID-19 di Barcelona semalam. Ini adalah kecederaan ketiga di alami Cruthclow musim ini selepas patah tulang skafoid, dan juga pembedahan “arm pump”. Namun begitu, Cal Crutchlow disahkan cergas (fit) oleh doktor untuk berlumba minggu ini selepas mengambil ujian kecergasan di Litar Barcelona-Catalunya.

Cal Crutchlow berjaya mengumpul 7 mata musim ini, dan dijangka akan kembali beraksi di Barcelona selepas lulus ujian kecergasan sebentar tadi.