Konvoi B32 MotoGP, Tradisi Tahunan GIVI

Bermula seawal 7 pagi, konvoi yang diberi nama “Konvoi B32 MotoGP” hasil usaha sama GIVI, Castrol dan Monster ini bermula di pusat bandaraya Kuala Lumpur, KL Tower. Konvoi ini bersempena Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2017, pengguna yang mempunyai boks B32 telah diberi penghormatan untuk menyertai konvoi dengan pelbagai barangan seperti “pouch bag” kalis air RWB02, cap, beg helmet, jersi edisi Givi MotoGP konvoi 2017, tiket grandstand dan vaucer dari minyak enjin Castrol dan minuman tenaga berjenama Monster. Peserta yang menyertai konvoi ini juga telah diberi pelekat tempat letak motorsikal, yang menjimatkan masa dan duit mereka untuk mencari tempat letak motorsikal yang dipenuhi oleh pengunjung yang hadir.

Joseph Perucca – “Ia telah menjadi satu tradisi untuk GIVI mengambil bahagian dalam aktiviti MotoGP dan menganjurkan konvoi MotoGP ini setiap tahun”.

Sebanyak 120 biji motorsikal yang menyertai konvoi tersebut diantaranya, Yamaha Y15, Honda RS150, Yamaha LC135, Yamaha Nmax. Konvoi ini diketuai oleh pihak polis dengan sedikit taklimat keselamatan dan cara-cara ketika menunggang secara berkumpulan, 10 marshal yang ditugaskan untuk menjaga konvoi, 20 pihak media turut serta hadir memeriahkan konvoi B32 MotoGP ini. Laluan yang dipilih dari Kuala Lumpur Tower menuju ke Lebuhraya MEX seterus tiba di MEX Putrajaya laluan berubah ke Elite Putrajaya seterusnya memasuk lebuhraya KLIA. Keadaan trafik lalu-lintas yang banyak kerana kesemua kenderaan menuju ke destinasi yang sama, Sepang International Circuit untuk menyaksikan upacara perlumbaan yang bertaraf dunia ini. Walaupun kesesakan trafik di sekitar berdekatan litar Sepang, konvoi ini telah tiba ke destinasi tanpa sebarang kemalangan.

Konvoi tiba ke destinasi pada jam 10 pagi, penyerahan tiket pada awal pendaftaran memudahkan peserta konvoi, aktiviti bebas diberikan setelah tiba, peserta-peserta konvoi boleh terus masuk ke dalam melawat gerai-gerai jualan seterusnya menonton secara lansung perlumbaan MotoGP. Konvoi B32 MotoGP dianggap berjaya menarik perhatian pengguna motorsikal berkuasa rendah mahupun berkuasa tinggi, dengan memiliki boks B32 peserta diberi pelbagai barangan cenderahati dari pihak yang terlibat.

credit photo – KhairulZaiful