Khairul Idham Pawi tidak beraksi di GP Styria

Gambar: Petronas SRT

Pelumba negara, Khairul Idham Pawi atau lebih dikenali sebagai KIP tidak akan beraksi di perlumbaan GP Styria minggu ini. Keputusan ini di ambil apabila mengambil kira faktor kecederaan KIP ekoran dari kemalangan di sesi kelayakan di Jerez, dan memberi ruang kepada Khairul Idham Pawi untuk pulih.

Khairul Idham Pawi yang retak jari kanannya akan kembali ke Barcelona minggu ini untuk mendapat rawatan susulan. Memandangkan perlumbaan hujung minggu ini adalah di litar yang sama, juga Litar Spielberg dikenali sebagai litar yang memerlukan brek yang kuat, pasukan Petronas SRT mengambil keputusan untuk merehatkan KIP, dan berharap KIP akan kembali dengan cerdas untuk tiga perlumbaan berderet yang akan datang, bermula di Misano.

Dato Razlan Razali berkata;

“Kami duduk dan berbincang dengan KIP bersama kru dan pengurus pasukan, dan mengambil kira situasi sekarang, dan kami percaya keputusan untuk beliau tidak beraksi di pusingan ini adalah yang terbaik supaya jari beliau dapat dirawat dengan betul di Barcelona esok. Ini juga membolehkan beliau rehat selama tiga minggu supaya dia akan kembali dengan lebih baik di Misano. Ini adalah keputusan yang sukar buat pihak pengurusan dan juga KIP, tetapi ini adalah apa uang perlu dalam mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan juga pasukan”

Khairul Idham Pawi:

“Saya berbincang dengan pasukan pada perlumbaan lepas di Austria, dan apa solusi terbaik untuk jari saya kerana saya menghadapi kesukaran apabila menarik brek. Saya boleh berlumba, tetapi saya tidak boleh beraksi seperti apa yang saya mahu. Ini adalah masa yang sukar, kerana saya sudah pun mempunyai masalah ini dari tahun lepas, dan sekarang terjadi sekalo lagi. Untuk tidak berlumba minggu ini adalah keputusan yang sukar, tapi kami setuju ini adalah keputusan yang terbaik. Sekarang saya akan ke Barcelona untuk berjumpa dengan doktor, untuk mendapatkan nasihat dan melihat apakah langkah seterusnya. Saya menantikan untuk kembali di Misano dengan keadaan yang kuat, dan saya betul berharap tiada lagi masalah di jari. Saya doakan yang terbaik untuk pasukan minggu ini di Austria, kerana minggu lepas kita dapat lihat John sangat kuat”

Semoga cepat sembuh, KIP.