Keputusan Penuh MotoGP di Argentina

Termas de Rio Hondo merupakan litar yang terbaik di Argentina, Perlumbaan kedua MotoGP bagi sesi 2017 yang berlansung selama 3 hari pada 7hb – 9hb April 2017 dikatakan  cukup sempurna tanpa banyak gangguan dari segi cuaca. Cuaca yang baik pada hari perlumbaan yang berjalan secara lancar tiada penangguhan, cuaca hujan pula yang turun pada hari yang melibatkan sesi latihan dan ujian masa (QP) sahaja.
Moto3 – Permulaan perlumbaan yang agak menarik, dengan cuaca yang baik. Kedudukan posisi sentiasa berubah-ubah dengan kelompok hadapan yang ramai. Pendahulu pungutan mata Joan Mir yang bermula di petak ke-16 menunjukkan perlumbaan yang lebih kompetitif berjaya memasuki kelompok hadapan serta menjadi juara di ikuti oleh John Macphee pelumba dari British di posisi ke-2. Mir dan Mcphee berada di podium pada kedudukan yang sama di Qatar. Berikut adalah kedudukan 10 teratas bagi perlumbaan Moto3.
1. Joan Mir 2. McPhee 3. Martin 4. Oettl 5. Migno 6. Loi 7. Fenati 8. Suzuki 9. Guevara 10. Toba. 17. Adam Norrodin 20. Ayumu Sasaki
Bagi Adam Norrodin yang menduduki posisi ke-17 tidak dapat memungut sebarang mata di Argentina, dan juga Ayumu Sasaki di posisi ke-20.
Moto2 – Franco Morbidelli memenangi kemenangan beliau yang ke-2, beliau kelihatan selesa di hadapan diikuti rakan sepasukan Alex Marquez. Walau bagaimanapun  rakan sepasukan beliau Alex Marquez jatuh pada pusingan yang terakhir. Pencabar dari KTM Miguel Oliveira mendapat podium pada kali ini juga memberi persembahan yang menarik, beliau yang memcipta masa terpantas semasa sesi “Warm UP” kelihatan agak konsisten dari perlumbaan pertama di Qatar. Berikut adalah kedudukan 10 teratas bagi perlumbaan Moto2.
1. Morbidelli 2. Oliveira 3. Luthi 4. Baldassari 5. Vierge 6. Corsi 7. Bagnaia 8. Cortese 9. Binder 10. Hafizh Syahrin. 24. Khairul Idham Pawi
Hafizh Syahrin melengkapkan perlumbaan di posisi ke-10 mendapat pungutan mata dan Khairul Idham Pawi di posisi ke-24 masih lagi cuba untuk memberi aksi yang terbaik.
MotoGP – Barisan hadapan yang dimulai oleh Marc Marquez, Crutchlow dan Abraham bermula dengan baik, Vinales yang bermula di petak ke-6 juga berjaya mengejar barisan hadapan. Marquez yang mendahului 2 saat di hadapan mengalami kemalangan dan membolehkan Vinales mengejar dan menjadi juara di Argentina serta di ikuti rapat oleh Rossi yang mendapat kedudukan posisi ke-2. Perbezaan pungutan mata keseluruhan yang jauh (37 mata) untuk Marquez mengejar, akan tetapi perlumbaan masih awal. Ramai yang menyatakan Juara Dunia MotoGP tahun ini akan dimiliki oleh Maverick Vinales. Berikut ada kedudukan 10 teratas perlumbaan MotoGP kerana Vinales telah berjaya mengutip mata penuh buat kali ke-2 selepas Qatar.
1. Vinales 2. Rossi 3. Crutchlow 4. Bautista 5. Zarco 6. Folger 7. Petrucci 8. Redding 9. Miller 10. Abraham
Tiada pungutan mata untuk Jorge Lorenzo dan Marc Marquez pada perlumbaan yang berlansung di Argentina. Zarco dan Folger beraksi cemerlang untuk pasukan Yamaha Tech 3.

 

credit photo – Crash.net, Yamaha Movistar