Kenapa Hafizh Gagal Di KTM?

Sambungan daripada cerita Hafizh layak atau tidak ke MotoGP kini telah menjadi perdebatan hebat di antara peminat-peminat di Malaysia. Ketika beliau bersama Yamaha mempunyai fenomena kisah sejarah yang tersendiri, daripada pelbagai sudut ketika beliau bersama Yamaha Tech 3. Tahun keluaran jentera M1 yang beliau tunggang, spesifikasi jentera dan pelbagai barangan yang jentera beliau bawa juga. Iya kita buat pencari bakat profesional seperti orang-orang pencari bakat di eropah dengan hanya melihat gaya tunggangan pelumba sahaja sudah tahu mereka berbakat dan bakal mencipta nama di MotoGP. Tetapi bakat itu boleh diasah boleh dikembangkan cuma perlu diberi peluang, walaupun memakan masa dalam satu ke dua tahun.

Takaaki Nakagami, Franco Morbidelli. Dimana tahap prestasi mereka ketika ini? Nakagami sudah masuk tahun ketiga beliau bersama Honda dan kini menggunakan jentera 2019 dan kita boleh lihat bagaimana hasilnya. Franco Morbidelli pula sudah tahun kedua bersama Yamaha, adakah sukar untuk beliau mengendalikan jentera Yamaha ketika ini.

Pasukan KTM Tech 3 pada 2019

Tahun pertama pasukan Tech3 bersama KTM, jentera baru, casis baru, enjin baru, sistem suspension (WP) baru dan pelbagai lagi. Adakah mereka mampu memberi seratus peratus ketetapan yang baik pada jentera ketika itu. Adakah pelumba dapat memberikan seratus peratus keputusan yang baik ketika itu. Adakah englibatan Dani Pedrosa pada ketika itu terus membawa KTM terus ke Podium, adakah dengan penglibatan bekas jurutera daripada Ohlin serta perubahan bentuk casis KTM 2020 yang jauh berbeza dengan KTM 2019 dapat terus diterapkan pada musim 2020. Perbezaan ketara dapat dilihat ketika ini yang jauh lebih baik dengan penglibatan pelumba hasil dari pembangunan KTM itu sendiri.

Pol Espargaro, Johann Zarco, Miguel Oliveira dan Hafizh Syahrin

Pada tahun 2019 merupakan tahun ketiga Pol bersama KTM dan KTM masih mencari tetapan terbaik untuk beliau ketika itu. Pencapaian terbaik Pol pada tahun 2019 adalah berada di posisi ke-6 ketika di Perancis, Iya! Pol pernah menaiki podium ketika di Valencia perlumbaan hujan tanpa henti ketika itu, segalanya boleh terjadi selepas perlumbaan disambung selepas bendera merah sepertimana musim ini. Motortvmy pun berada di sana ketika itu.

Johann Zarco pula menangis dan menarik diri daripada KTM setelah 13 pusingan berlalu, kenapa? Adakah beliau tidak boleh menunggang jentera v4 tetapi pada musim ini beliau nampak selesa bersama Jentera Ducati.

Pada musim 2019 KTM telah membawa Miguel Oliveira untuk menyertai mereka, tetapi Oliveira sangat serasi dan utuh bersama KTM. Pencapaian terbaik beliau ketika Austria dengan berada di posisi ke-8, sememangnya pelumba yang berbakat sejak. Pernah menggunakan jentera KTM ketika di Moto3 untuk menjadi pelumba kedua terbaik pada tahun 2015. Dua tahun bersama KTM Ajo di Moto2 selama dua tahun dengan keputusan yang memberansangkan pada tahun 2017 di posisi kedua terbaik dunia dan tahun 2018 di posisi ketiga terbaik dunia. Pada tahun 2019 merupakan tahun keempat beliau menunggang “produk” KTM, berlainan kuasa enjin sahaja.

KTM Moto2 musim 2019

Brad Binder yang kini adalah tahun keenam beliau bersama KTM, Iker Lecouna masuk tahun ketiga bersama KTM. Mereka merupakan pelumba yang sudah lama bertapak di KTM juga hasil dari pembangunan KTM itu sendiri. Hanya Jorge Martin sahaja dapat merasa semusim menggunakan casis KTM di Moto2 2019 dan kini KTM menggunakan casis Kalex untuk Moto2 2020, dan beliau bakal ke Ducati Pramac pada tahun 2021 kerana tidak terikat dengan pembangunan KTM. Ramai lagi pelumba yang lebih menyerlah pada musim 2020 di Moto2 selepas beralih dari KTM ke Kalex

Hafizh Syahrin hanya dapat berlumba jentera Yamaha untuk satu musim dan ketika itu pula Tech3 mahu bekerjasama dengan KTM, menunggang dan menjadi bahan eksperimen terhadap jentera KTM pun hanya untuk satu musim disaat KTM mula mendapat rentak informasi daripada bekas pelumba Honda iaitu Dani Pedrosa dan itu pun untuk musim 2020. Adakah Hafizh Syahrin mendapat sokongan penuh daripada KTM ketika itu, semua ini menjadi tanda tanya buat kita. Adakah berlumba di Moto2 lagi mudah daripada berlumba di MotoGP, di mana Fabio Quartararo ketika menunggang casis Speed Up, Aron Canet lebih cepat serasi bersama Speed Up ketika ini. Hafizh juga tidak mempunyai masalah untuk berlumba menggunakan casis Speed Up apatah lagi menggunakan casis Kalex.

Adakah pencari bakat boleh menilai dari segi keserasian dalam masa satu musim sahaja untuk pelumba yang berbakat. Adakah ini semua susun atur daripada kuasa-kuasa majoriti dalam sukan permotoran Grand Prix Dunia yang hanya mahu pelumba Eropah sahaja. Jika benar maka kejohanan grand prix dunia hanyalah pentas untuk memuatkan pelumba Asia pada kategori yang lebih rendah sahaja “penuh slot” bagi penuh litar.