Kemenangan Hafizh Syahrin di Albacete

Pusingan pertama FIM CEV Repsol yang telah berlansung di Circuito de Albacete,  Sepanyol menyaksikan pelumba moto2 negara kita Hafizh Syahrin yang telah menyertai sebagai “Wild Card”. Beliau yang sebelum ini pernah mendapat kedudukan posisi yang ke-2 di litar yang sama pada tahun 2013 dan sekali lagi telah membuat kejutan pada peminat-peminat sukan pemotoran pada hari ini. Hafizh Syahrin atau di kenali sebagai Pescao|55 yang bermula di barisan hadapan petak pertama dengan mencipta masa terpantas pada ujian masa semalam.
Pada permulaan perlumbaan  beliau yang baik di ikuti oleh rapat oleh Ekky dan Garzo. Beliau yang merupakan pelumba peringkat “World Class Moto2” tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengekalkan posisi hadapan. Pada pusingan ke-2 dan ke-3 Hafizh agak sedikit perlahan ini membolehkan Garzo cuba merapatkan jarak masa dengan membuat catatan masa terpantas dalam dua pusingan. Hafizh cuba menjarakkan diri beliau supaya beliau tidak diasak terlalu rapat oleh Garzo, Ekky Dimas yang satu ketika berada di posisi ke-3 telah dipotong oleh Fernandez dan juga Odendaal.
Perlumbaan yang selesa buat Hafizh Syahrin yang berjaya menjarakkan diri beliau dengan Garzo dengan perbezaan jarak masa 5 saat di hadapan. Beliau berjaya mengekalkan gaya tunggangan beliau sehingga ke pusingan terakhir dan berjaya memenangi perlumbaan bagi kategori Moto2. Ingat merupakan kemenangan pertama beliau sepanjang penglibatan beliau dalam Moto2 European Championship. Siaran lansung yang dapat ditonton di Youtube Channel CEV Repsol ini telah membuatkan peminat dan penonton dari Malaysia berasa bangga dengan pencapaian beliau. Lagu Negaraku telah berkumandang buat kali pertama di Albacete, Garzo di posisi ke-2 dan Fernandez ke-3 juga menunjukkan tanda prihatin (respect) mereka untuk tidak meraikan atau membuka champagne yang biasa diraikan di Podium.
Tahniah buat Hafizh Syahrin, Motortvmy berharap dengan kemenangan ini beliau akan dapat membawa semangat kemenangan beliau pada hari ini untuk ke perlumbaan yang akan datang di Jerez pada minggu hadapan.