Keluarga Bahagia Estrella Galicia 0,0

Setelah tamat ujian pra-musim, pasukan Estrella Galicia telah membuat majlis pelancaran bersama media dan penaja-penaja pada 2hb March 2017. Pada tahun 2017 Estrella akan menyertai semua kategori kejohanan dunia dengan seramai 14 pelumba mereka.
Bermula dari kategori MotoGP, Pelumba dari Australia Jack Miller yang pernah “podium” di Grand Prix Belanda. Bersama bekas juara Moto2 Tito Rabat yang baru pulih dari pembedahan yang merupakan tahun ke-2 beliau dalam MotoGP.
Dalam Moto2 pelumba masih tidak ada perubahan. Bekas Moto3 World Champion Álex Márquez pelumba utama untuk pasukan Estrella Galicia selama 5 tahun yang masih belum dapat menyesuaikan diri dalam kategori Moto2. Franco Morbidelli yang lebih menyerlah pada tahun lepas dengan beberapa kali “podium” dan prestasi beliau sangat menakjubkan.
Enea Bastinanini naib juara Moto3 tahun 2016 dan Aron Canet yang akan bersaing dalam kategori Moto3. Estralla juga telah menyertai Kejohanan Dunia FIM Junior CEV 2017 Moto3 sebagai langkah dan objektif utama. Ia menjadi landasan untuk melahirkan pelumba-pelumba yang hebat. Barisan pelumba mereka Alonso Lopez, Jeremy Alcoba dan Sergio Garcia.
Pasukan Estrella Galicia juga akan membangunkan projek sukan ITS untuk membentuk dari zaman kanak-kanak kepada menjadi bintang pelumba dimasa depan. Sebahagian daripada perancangan, pasukan Estralla akan mengambil bahagian di Speed ​​Championship RFME, khususnya dalam kategori Pre Moto3 bersama pelumba mereka Joshua Bauer, Daniel Hidalgo dan Julian Giral, dalam 85GP disertai oleh Jose Antonio Rueda dan Diogo Moreira.

sumber – Estrella Galicia