“Kami akan mengumumkan hujung minggu ini” – Valentino Rossi

Berita tentang Valentino Rossi ke pasukan Petronas Yamaha SRT musim hadapan bukan lah sesuatu yang asing lagi. Walaupun pengumuman masih belum dilakukan, Valentino Rossi mengakui beliau akan ke pasukan Petronas Yamaha SRT, mengambil tempat Fabio Quartararo musim hadapan.

Ketika sesi temu bual bersama Skysports, Valentino Rossi berkata,

“Kontrak dengan Petronas sudah pun selesai, saya akan menandatangani kontrak tersebut dalam beberapa jam akan datang dan kami akan mengumumkan hujung minggu ini”

Sebelum ini, Crash.net memuatnaik gambar di laman Facebook mereka yang tertulis pengumuman kontrak Valentino Rossi akan diumumkan di Misano, dan Dato Razlan Razali, selaku prinsipal pasukan tersebut membalas kenyataan itu di ruangan komen dengan, “I dont think so (Saya tidak rasa begitu)”.

Beberapa minggu lepas, Dato Razlan Razali, memuat naik gambar di laman facebook beliau, dengan berlatar belakangkan ofis Valentino Rossi di Itali, yang kemudian di padam beberapa ketika selepas gambar tersebut di muat naik.

Gambar: Facebook Dato Razlan

Berita tentang pemindahan Valentino Rossi ke pasukan Petronas Yamaha SRT mendapat kritikan yang hebat di laman media sosial di Malaysia. Ada yang berpendapat, selaku pasukan kebangsaan, tempat tersebut perlulah diberi kepada pelumba negara agar berpeluang mempamerkan bakat dalam arena MotoGP. Ada juga bersetuju dengan pemindahan tersebut berpendapat bahawa keputusan yang dibuat adalah berdasarkan aspek perniagaan dan bukanlah kata putus dari Dato Razlan sahaja. Keputusan yang dibuat perlulah mengambil kira kata putus pasukan Yamaha, dan juga para penaja.

Valentino Rossi akan bersama rakan sepasukan, juga protege beliau di Akademi VR46 (VR46 Academy), iaitu Franco Morbidelli. Fabio Quartararo akan ke pasukan Monster Energy Yamaha dan akan bersama rakan sepasukan, Maverick Vinales musim hadapan. Setakat di perlumbaan GP Emilia Romagna, Fabio Quartararo dan Maverick Vinales mengumpul mata yang sama iaitu 83 mata dalam Kejuaraan MotoGP musim ini.