Kalex Suter Honda KTM, Apakah?

Semasa perlumbaan Moto2 di Qatar, Motortvmy ada terbaca komen-komen semasa “Live”. Mereka banyak membincangkan isu-isu jentera Moto2 menggunakan jentera Honda, KTM, Suter dan Kalex. Ada yang menyatakan enjin kalex dan suter tidak laju.
Apa itu Suter dan Apa itu Kalex?
Mereka ini bukan sejenis enjin atau jenama motorsikal yang terkenal seperti Honda, Yamaha, Modenas dan KTM. Kalex dan Suter ini adalah “Chassis” yang dipasang dalam sebuah jentera Moto2.
Untuk pembelajaran kita hari ini, Kalex berasal dari Jerman dan Suter berasal dari Swiss. Jentera Moto2 buat masa ini hanya menggunakan enjin Honda, dan yang terbaru peryertaan dari pasukan KTM yang menggunakan “Chassis” KTM tetapi enjin masih Honda. Jadi hanya 1 enjin sahaja yang dipakai dalam kategori Moto2, iaitu Honda bukan KTM, bukan kalex, bukan suter.
Dengan itu jentera Moto2 enjin Honda  di pasang ke “chassis” Kalex, Suter dan KTM, maka lengkaplah sebuah jentera Moto2. Ini bermakna Kalex dan Suter itu bukanlah sebuah atau seketul enjin, ianya sebijik atau seketul “chassis” motor yang tersangat-sangat ringan. ** kalau dapat satu kan best.

Mengenai enjin Moto2 tahun 2019. sila klik link di bawah.

credit photo – kalex, suter, fan hafizh syahrin.