Harapan Kepada Mereka

Adam Norrodin, Khairul Idham Pawi dan Hafizh Syahrin nama yang tidak asing bagi kita sebagai peminat sukan permotoran antarabangsa lagi-lagi MotoGP. Siapa mereka ini? Apa harapan yang kita mahu dari mereka?
Sedikit latar belakang (kalau salah, kalau kurang, boleh tolong betulkan dengan komen di bawah post)
Adam Norrodin – Pelumba yang pernah beraksi dalam FIM CEV Moto3 Championship pada tahun 2014 & 2015, Asia Talent CUp tahun 2014 & 2015. Pada tahun 2016 pasukan SIC Racing mengambil beliau sebagai pelumba menggantikan Zulfahmi Khairuddin (WSSport 600cc). Beliau pernah mengejutkan dunia pada perlumbaan di Argentina dengan semangat kesukanan seorang pelumba yang mengalami kemalangan pada pusingan terakhir dengan berlari sambil menolak jentera beliau sehingga ke garisan penamat. Sesi 2017, beliau cuba memberikan persembahan terbaik kerana ia adalah tahun ke-2 beliau beraksi dalam sukan berprestij ini.
Qatar – P10
Argentina – P17
Harapan – Bagi motortyvmy, Adam kene bekerja lebih keras untuk tahun ke-2 bukan dari segi Podium tapi dari segi kedudukan mata 15 teratas, pada sesi 2017 Adam tidak lagi boleh dianggap sebagai pelumba baru (rookie) dalam Moto3 World Championship.
Khairul Idham Pawi – KIP tidak asing lagi bagi kita, nama beliau meningkat naik secara mendadak setelah memenangi perlumbaan di Argentina dan German untuk kategori Moto3 sesi 2016. Penyertaan beliau bermula dengan Malaysian Cub Prix 2012 – 2014, Asia Dream Cup 2013- 2014 dan FIM CEV Moto3 Championship 2015. Pada 2016 beliau telah mewakili pasukan Idemitsu HOnda Asia untuk kategori Moto3 World Championship, Podium P1 sebanyak dua kali. 2017 beliau diserap ke Moto2 menggantikan pelumba dari Thailand, Ratthapark Wilairot. Rakan sepasukan beliau Takaaki Nakagami, menyertai Moto2 pada tahun 2011 – 2013 dalam pasukan Italtrans Racing. 2014 Idemistu mengambil Takaaki Nakagami sebagai pelumba utama mereka sehingga sekarang.
Harapan – Menyesuaikan diri dengan jentera yang berbeza dari Moto3 untuk tahun pertama ini. Pungutan mata adalah bonus, pedulikan kata orang. Berusaha seperti Takaaki Nakagami yang juga mengambil masa untuk menyesuaikan diri dalam setiap perlumbaan.
Qatar – P28
Argentina – P24
Hafizh Syahrin – Lebih dikenali sebagai Pescao55, Karier beliau bermula dengan Cub Prix pada tahun 2007 – 2010, Asia Road Racing 2010. Spanish Moto2 Series 2012. Karier beliau untuk Moto2 bermula pada tahun 2011, pada tahun 2012 beliau mendapat “Wild Card” di Sepang dan menduduki posisi ke-4 pada perlumbaan yang bersejarah di Sepang (semua tahu berita race ini). Beliau juga menyertai beberapa perlumbaan sebagai “Wild Card” sehingga penyertaan sepenuhnya dalam Moto2 World Championship pada tahun 2014 sehinga sekarang. Dari segi kedudukan mata keseluruhan dari 2014 ke-19, 24 mata. 2015 ke-16 64 mata dan 2016 ke-9 118 mata. Peningkatan demi peningkatan membuatkan kita peminat dan penyokong menginginkan keputusan yang lebih baik.
Harapan – Memandangkan beliau sangat berpengalaman, motortvmy ingin melihat berada di kelompok 5 atau 6 terbaik keseluruhan. Podium harus ada sekurang-kurangnya 1.
Qatar – DNF
Argentina P10
Semoga yang terbaik untuk mereka.
PEMINAT dan PENONTON
Harapan – Sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang kepada Mereka, Jika mereka kecundang janganlah dikecam seharusnya diberi kata semangat. Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan sendiri kerana, banyak yang perlu mereka hadapi untuk mendapat keserasian bersama jentera mereka dan memberi aksi saingan yang lebih kompetitif. Menjadi pelumba diperingkat antarabangsa pun sudah cukup membanggakan apatah lagi menjadi bualan media-media luar.
Contoh terbaik? JL | 99 *bahahahahahaha ops

credit photo – Motogp Mania Malaysia