Hafizh Syahrin akan cuba untuk berlumba di GP Styria

Gambar: Pasukan Aspar

Hafizh Syahrin yang terlibat dengan kemalangan bersama Enea Bastinini ahad lepas akan cuba untuk beraksi di pusingan ke-6 perlumbaan Moto2 minggu ini.

“Akibat kemalangan yang teruk di perlumbaan lepas, anggota bahagian bawah badan saya sangat sakit. Pada hari yang sama, saya telah pun memulakan proses pemulihan, dan saya akan cuba sedaya upaya untuk ‘cerdas’ di pemeriksaan kesihatan Khamis nanti, kerana saya ingin berlumba minggu ini. Kesihatan saya semakin baik sedikit demi sedikit, tidak banyak, tetapi lebih baik dari hari Ahad. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat pada saya dan peminat yang mengambil masa untuk menghantar pesanan kepada saya dan doakan saya supaya cepat sembuh”

Perlumbaan di GP Styria akan diadakan di litar yang sama, iaitu Litar Spielberg.