GP Doha – Jentera mengeluarkan asap ketika sesi latihan bebas, “Saya yakin ia bukan masalah besar” – Franco Morbidelli

Sesi latihan bebas MotoGP – GP Doha

Ketika sesi latihan bebas hari pertama di GP Doha, kelihatan jentera Franco Morbidelli mengeluarkan asap, dan bendera hitam (black flag) terus dikibarkan di atas masalah teknikal yang Morbidelli hadapi. Perkara yang mungkin terlintas sejurus dari insiden tersebut berlaku,

Adakah masalah injap yang Franco Morbidelli hadapi di Jerez tahun lalu berlaku kembali?

“Saya mempunyai masalah yang sama pada kedua-dua jentera saya ketika FP1. Nasib baik, masalah tersebut bukan masalah yang besar. Kami memutuskan untuk menukar satu enjin sebagai langkah berjaga-jaga untuk sesi seterusnya, tetapi tidak ada enjin lain yang digunakan dan kami akan terus menggunakannya (sedia ada). Masalah tersebut telah diselesaikan.”

Turut menambah,

“Saya yakin perkara ini bukan masalah yang besar kerana juruteknik saya telah memberitahu saya. Saya tidak rasa masalah ini seperti masalah di Jerez tahun lepas. Tahun lepas enjin saya mati, tahun ini saya berhenti kerana saya nampak bendera hitam dan oren dikibarkan di litar yang tertera dengan nombor saya.”

“Saya tidak dapat melihat, mendengar atau merasakan sebarang masalah (pada jentera). Jadi, masalah ini berbeza berbanding tahun lepas.

Walaupun berdepan dengan masalah yang dihadapi, Franco Mordelli berjaya mencatat masa sepuluh teratas di hari pertama GP Doha.

“Esok (Sabtu), kami akan berusaha memahami beberapa perkara lagi, tetapi saya rasa dan berharap kami berada di laluan yang betul, dan kami dapat lakukan dengan lebih baik hujung minggu ini”

Franco Morbidelli menggunakan jentera Yamaha M1 ‘spesifikasi-A’, berbeza dengan jentera ‘spesifikasi-kilang’ yang digunakan oleh Maverick Vinales, Fabio Quartararo dan juga Valentino Rossi.