GIVI Ride ke PD Bersama Produk Terbaru

Pada 25hb Julai 2017, GIVI telah menjemput media tempatan untuk bersama-sama konvoi dengan menggunakan motorsikal bawah 250cc sahaja ke Port Dickson ianya bersempena pengenalan produk terbaru GIVI. Sebanyak 40 motorsikal dari 28 pihak media tempatan, dan juga disertai oleh Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, On Hai Swee – Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca – Pengurus Jenama GIVI Asia, Ismadi Ishak dan Rozaida Ahmad Zaki yang merupakan pereka (Designer) GIVI.

Terima kasih GIVI kerana menjemput MotoGP Mania Malaysia, dan terima kasih juga buat MotoGP Mania Malaysia kerana sudi memberi peluang Motortvmy untuk bersama-sama mengikuti konvoi tersebut. Sebelum bermulanya perjalanan konvoi ke Port Dickson, pihak media telah diberi peluang untuk mencuba barangan GIVI sepanjang perjalanan seperti Topi Keledar – M50.2 TURISMO (Fullface), Beg Pinggang (Pouch Bag) – RWB02, Baju Hujan (Rain Coat) – PRS01.AX dan Boks Monolock B32 Bold.

Mungkin ramai yang akan menyangka dengan menaiki motorsikal bawah 250cc dengan memakai topi keledar “full face” dengan cuaca di Malaysia yang panas akan menyebabkan pengguna berpeluh atau kekurangan udara (kelemasan). Tapi setelah dicuba pada kelajuan di bawah 100km/j, ianya sangat selesa dipakai dengan kedap bunyi yang tidak terlalu bising oleh bunyi angin. Topi keledar ini agak ringan dan mudah untuk disarung dengan tali jenis “micrometric”, Topi ini mempunyai 2 visor, visor hadapan cerah dan visor gelap yang akan menutupi sehingga paras hidung di bahagian dalam. Pada sistem saluran udara pada bahagian hadapan dagu, 4 saluran yang bole dilaraskan pada tahap keluasan lubang angin, 2 di bahagian atas hadapan dan 2 di bahagian atas belakang.

Konvoi terpaksa berhenti di R&R Seremban kerana hujan lebat, ini memberi peluang media tempatan untuk mencuba ketahanan Beg Pinggang RWB02 kalis air dan juga baju hujan PRS01.AX. Baju hujan ini sangat mudah disarung dan mempunyai velcro untuk pelarasan mengikut kesesuaian pengguna disudut pergelangan tangan dan bahagian zip di tengah. Seluar hujan juga mudah disarung tanpa perlu menanggalkan kasut (Riding Shoes) ia juga mempunyai velcro yang boleh dilaraskan pada bahagian bawah betis untuk mengelakkan air memasuki bahagian dalam.

Beg pinggang atau lebih dikenali sebagai “pouch bag” yang rata-ratanya mesti dimiliki oleh seseorang penunggang motorsikal di Malaysia, beg yang kelihatan kecil dan padat pada bahagian luar amat selesa dipakai. Pada bahagian dalam ianya mempunyai ruang yang luas, boleh dimuatkan dengan pelbagai barangan peribadi, talefon pintar, camera mirrorless dengan “lenses” tambahan, beg duit dan GoPro. Beg tersebut juga telah diuji ketika hujan lebat dari Seremban ke Port Dickson dan ternyata tidak mengecewakan. Beg ini mempunyai dua ruang, satu di hadapan dan satu ruang utama, pada ruang hadapan lebih kecil mempunyai dua zip. Pada ruang utama ianya tidak mempunyai zip sebaliknya beg ini harus di gulung, mempunyai velcro sebagai kunci yang pertama dan klip sebagai fungsi kunci yang ke-2 yang akan menutup ruang dengan lebih rapi. Pada bahagian hadapan beg tersebut ianya mempunyai tulisan GIVI dan warna pantulan cahaya (reflector) untuk tujuan keselamatan.


Pada seketika perjalanan terpaksa dihentikan buat beberapa kali kerana hujan yang lebat dan setelah pihak marshal berbincang, perjalanan diteruskan dengan penuh berhati-hati sehingga ke perhentian rehat seterusnya. Setelah 2 jam perjalanan konvoi GIVI tiba ke destinasi pertama di Port Dickson Eagle Ranch untuk sesi makan tengah hari, selepas itu pihak GIVI telah menyediakan aktiviti riadah buat pihak media tempatan dengan perlumbaan Go Kart di Eagle Ranch sebelum bergerak ke hotel Thistle untuk sesi berehat dan persidangan media.

Pada persidangan media bersama GIVI telah melancarkan produk baru mereka, Monolock B32 BOLD, iaitu boks motorsikal yang sesuai digunakan bawah 250cc, reka bentuk yang bersaiz kecil berkapasiti 32 liter, metarial yang digunakan Polypropylena (PP) bukan plastik “recycle”. Reka bentuk B32 yang berlainan daripada produk sebelum ini yang lebih melengkung pada bahagian atas, akan tetapi reka bentuk B32 lebih kepada bentuk kotak dan petak. Disertakan juga reflector ┬ápada bahagian hadapan boks dengan tulisan GIVI yang tampak elegan dan juga Tulisan BOLD pada bahagian atas boks tersebut. Perbezaan boks baru ini mempunyai kelebihan ruang yang lebih besar, untuk pengguna menyimpan topi keledar dan barangan peribadi ataupun baju hujan dan alatan motorsikal yang lain bukan hanya menyimpan topi keledar semata-mata. Boks ini boleh didapati oleh pengedar sah bermula pada Ogos ini dengan harga RM210 tidak termasuk GST.

Reka bentuk Monolock B32 BOLD telah di reka oleh pereka utama (designer) GIVI Asia yang merupakan anak tempatan yang berasal dari dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau Rozaida Ahmad Zaki, 31 tahun telah terlibat dalam banyak reka bentuk produk GIVI seperti Boks, Helmet, Visor dan Baju hujan.



Berbalik pada konvoi, media tempatan juga diberi peluang menggunakan boks Monolock B32 BOLD sepanjang perjalanan sehingga ke hotel Thistle. Hasil dari itu dapat dirumuskan, boks ini mempunyai ruang yang luas pelbagai barangan telah dimasukkan seperti helmet, sweater, topi dan barangan kamera. Boks yang kelihatan tegap ini juga amat mudah alih dari kerangka tetap (bracket) yang dipasang pada motorsikal, ianya boleh ditanggalkan dan dibawa sebagai beg “hand luggage” bagi pengguna yang gemar merantau bersama motorsikal mereka, dan ini kerana reka bentuk yang kotak seperti beg pakaian.


Konvoi GIVI bersama media berakhir dengan sidang media, makan malam dan beramah mesra bersama Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, On Hai Swee dan Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca yang berangkat pulang atas urusan lain.

Setinggi penghargaan buat GIVI sekali lagi kerana sudi menjemput MotoGP Mania Malaysia sebagai media sosial tempatan ke persidangan media serta konvoi bersama media tempatan lain. Terima kasih juga buat rakan-rakan media dari akhbar, majalah seperti Roda-Roda, media sosial seperti Fastlenz, PaulTan.