Garis Panduan KKM Harus Dipatuhi Untuk Mencegah COVID19 – MAM

Persatuan Motorsports Malaysia (“MAM”) menasihatkan semua aktiviti sukan bermotor dilaksanakan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (“KKM”) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai COVID-19.

Beberapa pakar kesihatan telah menyatakan bahawa virus ini mampu disebarkan melalui beberapa hubungan langsung ataupun secara tidak langsung. MAM juga menasihatkan semua perlumba sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik, termasuk membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan air dengan kerap, mengekalkan jarak di antara tiga kaki apabila berhubung dengan seseorang secara hadapan, atau cuba mengelakkan sentuhan ke muka, mata dan mulut dan dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda jika mempunyai demam, batuk atau kesukaran dalam pernafasan.

Sehingga KKM mengeluarkan kenyataan bagi menyekat semua aktiviti luar, semua penganjur sukan permotoran dan perlumba boleh meneruskan mengikut aktiviti mereka sendiri.

Photo – ARRC