Franco Morbidelli tidak akan beraksi di Assen

Gambar: Petronas Yamaha Sepang Racing Team

Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing mengalami kecederaan pada lutut kiri pada sesi latihan, yang mengakibatkan beliau tidak dapat beraksi pada perlumbaan di Assen hujung minggu nanti.

Franco Morbidelli turut akan menjalani penilaian perubatan untuk menentukan perancangan terbaik buat Franco dalam memastikan beliau cepat sembuh.

Franco Morbidelli kini berada pada tangga ke-11 dalam Carta Keseluruhan Juara Dunia MotoGP musim 2021, dengan mengumpul 40 mata