Franco Morbidelli: Pembaharuan Kontrak dan Perancangan Musim 2020

MotoGP akan kembali pada hujung minggu ini, dan Franco Morbidelli baru sahaja menandatangani kontrak 2 tahun bersama pasukan Petronas Yamaha SRT (Musim 2021 dan 2022). Semalam berlangsung sesi sidang media bersama Franco Morbidelli, berikut adalah beberapa soalan yang diajukan oleh para media:

Gambar: Petronas Yamaha SRT

Kontrak baru?

“Saya telah memperbaharui kontrak selama dua tahun dengan Petronas SRT. Tahun pertama bersama pasukan adalah sangat baik, kita akan melihat bagaimana prestasi saya tahun kedua ini. Tetapi apa yang dapat saya katakan ialah saya berada dalam keadaan yang baik bersama pasukan. Kami mempunyai hubungan yang baik dengan semua rakan kongsi kami, terutamanya Yamaha, dan saya gembira untuk terus berlumba di MotoGP dan bersama Petronas SRT. “

Jentera A-spec atau Factory-spec untuk tahun 2021?

“Saya tidak dapat memberitahu anda kerana kami belum tahu.”

Sekiranya Rossi adalah rakan sepasukan anda tahun depan…

“Akan menjadi sangat menarik kerana Vale adalah orang yang memasukkan saya ke dalam dunia perlumbaan. Sebahagian besar yang saya tahu mengenai perlumbaan dua roda, termasuk bukan berkaitan dengan perlumbaan, saya belajar dari Vale. Oleh itu, sekiranya Vale ke pasukan Petronas SRT, perkara tersebut akan menjadi sangat hebat. Tetapi saya tidak dapat bercakap terlalu banyak, kerana masih lagi dalam perbincangan.”

Matlamat anda untuk musim ini?

“Matlamat untuk musim ini seperti yang selalu saya katakan adalah untuk memastikan keputusan perlumbaan adalah lebih baik daripada keputusan musim sebelumnya. Bagi saya, musim lepas adalah lebih baik daripada musim pertama saya di MotoGP dan saya harap tahun ini akan menjadi lebih baik lagi. Apa yang saya boleh katakana, saya telah berkerja keras pada musim sejuk ini. “

“Yang pastinya saya tidak mempunyai banyak pengalaman dalam perlumbaan Grand Prix. Saya datang dari dunia yang berbeza, dan tahun lalu baru tahun keenam saya di Grand Prix. Ya memang cukup, tetapi tidak cukup bagi pelumba yang berlumba di MotoGP. Jadi, ada perkara yang perlu saya belajar. Dan saya akan berusaha untuk belajar semaksimum yang mungkin dalam waktu sesingkat ini. “

Adakah tiba masa untuk membawa pulang beberapa podium?

“Sudah pasti sekiranya saya mempunyai peluang. Saya mempunyai jentera yang baik dan pasukan saya sentiasa menyokong di belakang saya. Saya mempunyai segalanya untuk mencapai hasrat itu. Kita akan melihat sekiranya saya berada dalam keadaan yang baik untuk itu.”

Jerez 2019 adalah kali pertama anda bersaing di bahagian hadapan dalam kategori MotoGP…

“Ya, saya memulakan perlumbaan di tempat kedua. Pelumba pertama berada di depan saya dan saya melihat pada waktu itu, saya mampu untuk memintas, sehingga saya mula menghadapi beberapa masalah. Tetapi itu adalah perlumbaan pertama yang saya sedar untuk mendapat tempat pertama bukan lah perkara yang mustahil. Saya rasa ketika nilai keadaan saya sekarang dan tahun lalu di litar yang sama, saya rasa sekarang saya lebih baik sedikit daripada musim lalu. Oleh itu, kita akan lihat apa yang boleh saya lakukan di sini hujung minggu ini.”

Strategi untuk 13 perlumbaan hanya dalam 18 hujung minggu?

“Saya belum tahu mengenai strategi saya, kerana saya belum tahu mengenai kelajuan saya. Oleh itu, saya tidak dapat membuat strategi jika saya tidak tahu bagaimana kelajuan saya boleh pergi. Saya tahu bahawa saya pantas, saya pantas di Qatar dan saya pantas ketika di Sepang. Jadi, saya berharap dapat terus memperoleh kelajuan itu, dan jika saya dapat kelajuan itu, saya akan terus berusaha mendapat keputusan tempat teratas sebanyak yang saya mungkin”

Adakah anda akan menjadi konservatif?

“Tidak! Saya akan memberi tumpuan yang lebih, lebih fokus.”

Bagaimana anda akan melalui sesi ujian esok (hari ini 15/7/2020)?

“Segala yang harus saya uji, saya sudah pun menguji pada bulan Februari lalu, dan juga tidak terlalu banyak masalah di sana. Jadi, dari pandangan saya, saya boleh fokus pada gaya penunggangan saya, menyediakan jentera dengan tetapan baik untuk perlumbaan hujung minggu, dan berlumba sahaja. Itulah rancangan saya untuk sesi ujian esok, dan itulah rancangan saya untuk hari Jumaat. “

Gambar: Petronas Yamaha SRT