Enduro KTM Malaysia, Haikal dan Gabit Juara di Sungai Petani

Orange ’18 Enduro KTM Malaysia Pusingan 1 Sungai Petani,Kedah yang dianjurkan oleh KTM Malaysia. Keadaan litar berlumpur dengan panjang 1.5km mempunyai 7 halangan yang sangt ekstrem, Litar ini adalah hasil dari rekaan Habibullah Mohd Saleh yang lebih dikenali sebagai Gabit. Penyertaan di hadiri dari merata negeri Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan juga Selangor, seramai 70 pelumba berdaftar bagi memenuhi slot pada pusingan pertama ini.

Keadaan cuaca yang panas sentiasa dipenuhi dengan aksi perlumbaan yang menarik yang dipamerkan oleh pelumba. Perlumbaan yang di ketuai Ahmad Daniel Haikal sentiasa diikuti rapat oleh Khairul Arif, pada pusingan kelima Haikal telah terjatuh dan membolehkan Arif memintas beliau. Haikal cuba bangkit untuk meneruskan perlumbaan cuba mengejar serta berjaya memintas Khairul Arif dan memenangi perlumbaan  manakala malang buat Gabit kerana tidak dapat menghabiskan perlumbaan diakibatkan jentera beliau yang kehabisan minyak. Mohd Nor Iman selaku Senior Marketing Executive KTM hadir sebagai tetamu untuk memberi sumbangan hadiah kepada pemenang perlumbaan kategori KTM Enduro

Saingan yang sangat hebat pada litar lumpur baru ini serta dipenuhi oleh peminat-peminat sukan ‘Motorcross’. Pada perlumbaan kategori Enduro Open pula Daniel Haikal sekali lagi mengungguli perlumbaan selamat 20 minit tanpa dicabar oleh sesiapa tetapi sekali malang buat beliau yang terjatuh lalu dipintas oleh Gabit selaku pendulu perlumbaan. Dalam berbaki lagi 10 minit sebelum tamat perlumbaan keadaan cuaca sudah mula menunjukkan hujan sudah mula turun, Gabit berjaya menamatkan perlumbaan manakala Daniel Haikal yang kembali meneruskan perlumbaan berada di tempat kedua dan di tempat ketiga milik Khairul Arif. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JPJ Kedah, serta cuaca hujan menamatkan pusingan pertama KTM Enduro Malaysia 2018.