eMotoGP: Dorna Menguji Potensi Jentera Elektrik Sarolea SP7

Bekas pelumba MotoGP dan kini merupakan orang penting dalam Dorna sebagai wakil untuk menguji jentera pengeluar dari Belgium, Sarolea SP7 yang merupakan salah satu calon untuk pembekal jentera kategori MotoGP Elektrik (eMotoGP) pada tahun 2019.

Capirossi yang telah membuat beberapa ujian di Aragon juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Carmelo Ezpeleta untuk melihat hasil ujian tersebut. Beberapa pegawai dari pasukan MotoGP seperti Ducati dan Yamaha juga turun hadir untuk menyaksikan ujian yang dilakukan oleh Capirossi.

Dorna telah membuat kenyataan bahawa mereka akan menambah lagi satu kategori pada tahun 2019, yang akan menggunakan sistem elektrik (eMotoGP) seperti Formula E yang kini sudah mula dipertandingkan. Dorna dijangka akan memberi kata putus pembekal yang layak pada penghujung bulan Oktober ini. Selain daripada Sarolea, satu lagi calon yang berpontensi pengeluar jentera Lightning LS-218 telah diuji oleh Capirossi di litar Amerika pada pusingan awal MotoGP 2017.

Dean Harrison antara pelumba yang menggunakan Sarolea SP7 semasa perlumbaan TT Zero pada tahun ini di Isle of Man, beliau berjaya menduduki tempat ke-4 dengan kelajuan purata 175 km/j. Sarolea dan Lightning setakat ini telah menyatakan minat mereka untuk bekerjasama bersama Dorna, calon lain seperti Energica juga adalah salah pengeluar yang berpotensi tetapi belum ada usul dari mereka. Kategori eMotoGP akan jadi lebih menarik jika Mugen menunjukkan minat mereka untuk bekerjasama dengan Dorna. Mugen merupakan pengeluar yang telah bertanding di TT Zero dan telah memenangi lebih dari 3 pusingan sejak dipertandingkan.

Sarolea SP7

Lightning LS-218

Energica

Mugen

sumber –¬†motorcycle.com
credit photo –¬†@saroleamoto, cycleworld.com,Energica, Mugen, LightningMotorcycle