Dovizioso Kembali Ke Litar

Dovizioso buat pertama kalinya kembali ke litar Jerez setelah pengunduran beliau beberapa bulan lepas dari arena perlumbaan MotoGP dari pasukan kilang Ducati.

Semalam di litar Jerez beliau bersama pasukan Gresini Aprilia bagi menguji jentera RS-GP 2021. Aprilia kini nampak memberi saingan sengit untuk berada di kedudukan 5 teratas ketika perlumbaan. Ini terhasil setelah kita menyaksikan dengan 2 perlumbaan di Qatar GP baru-baru ini. Semakin dekat jentera Aprilia untuk mencabar kepada jentera lain di MotoGP kerana nampak kompetitif yang pernah dihasilkan oleh Aprilia.

gambar – MotoGP

Andrea Dovizioso akan berkampung di jerez selama 3 hari bagi memberi imput dan data untuk pembangunan jentera RS-GP 21. Dovi juga dikhabarkan akan turut menandatangani perjanjian sepanjang musim bersama Aprilia sebagai pelumba ujian.

Wah.!! nampaknya mungkin Dovi akan turut sertai mana2 perlumbaan selepas ini. Adakah dovi bersama Aprilia akan memberi impak yang besar sepertimana Pedrosa bersama KTM.? Sama2 kita Nantikan.

*Dovi dah tukar helmet shoei 😁

gambar – MotoGP