Dorna Sports. Siapakah?

Dorna Sports adalah sebuah syarikat pengurusan sukan, pemasaran dan media antarabangsa, yang diasaskan pada tahun 1988 berasal dari Spain. Organisasi ini berpusat di Madrid, kebanyakkan cawangan,pejabat dan anak syarikat Dorna berada di Barcelona, Rome dan Tokyo.
Dorna telah pemegang hak komersial dan televisyen eksklusif untuk Road Racing World Grand Prix Championship FIM (MotoGP) sejak tahun 1992. Dengan sejarah perlumbaan MotoGP lebih dari 68 tahun, ianya menjadi fokus utama Dorna dalam acara perlumbaan motosikal. Berapa lagi perlumbaan sukan pemotoran yang terlibat dibawah pengurusan Dorna seperti Motul WorldSBK, FIM CEV Repsol, MotoGP Red Bull Rookies Cup, Idemitsu Asia Talent Cup
Pada tahun 2014, Dorna melancarkan Asia Talent Cup sebagai batu loncatan untuk anak-anak muda di sebuah rantau Asia untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.
Apakah hak penganjur tempatan yang menyediakan Litar?
Dorna akan menyelia penganjuran dari semua aspek persiapan untuk setiap Grand Prix dengan kerjasama pihak penganjur tempatan. Sebelum Grand Prix Dorna sendiri akan berurusan dengan promosi acara seperti jualan tiket dan bahan-bahan pengiklanan. Untuk acara itu sendiri dan bersama-sama dengan penganjur tempatan, Dorna menjaga jadual acara, pengedaran paddock, akreditasi, akses dan keselamatan.
Di samping itu Dorna juga menyusun kesemua dari segi aspek kerja untuk pasukan, kakitangan Dorna dan media di setiap litar. Antara pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam penganjuran pertandingan itu sendiri, menjadi anggota badan pengelola kejohanan (“Race Direction”, Suruhanjaya GP dan Suruhanjaya Keselamatan) dan bekerjasama-rapat dengan FIM dan IRTA.