Dato Razlan Razali dan CzechGP

Gambar: Petronas SRT

Dato’ Razlan Razali berkesempatan memberikan kupasan beliau mengenai perlumbaan hari ini buat pasukan beliau dalam kategori Moto3, Moto2 dan MotoGP.

Mengulas mengenai perlumbaan Moto3 sebentar tadi, kedudukan P5 buat John McPhee bukanlah keputusan yang pasukan harapkan. Namun, untuk bermula dari petak ke-18, dan berjaya menamatkan di posisi ke-5, keputusan tersebut adalah keputusan yang positif. Turut menambah, beza mata John McPhee dan juga Albert Arenas, selaku pelumba yang mendahului carta Kejuaraan Moto3 masa ini, hanyalah 19 mata, dan John kini berada di tempat ke-3.

Buat pelumba negara, Khairul Idham Pawi pula, Dato Razlan bersyukur Khairul Idham Pawi berjaya menamatkan perlumbaan dengan selamat walaupun retak ditangan beliau ketika kemalangan di sesi kelayakkan semalam. Dato Razlan juga berharap Khairul Idham Pawi akan terus melakukan yang terbaik untuk perlumbaan pusingan ke-5 dan ke-6 akan datang.

Kategori Moto2 pula berakhir dengan keputusan yang tidak memuaskan. Jake Dixon tidak berjaya menamatkan perlumbaan kerana terdapat masalah teknikal. Xavi Vierge pula mempunyai masalah dengan tayar, namun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13. Dato Razlan berkata, pasukan SRT akan cuba untuk mencari penyelesaian dalam menambah baik prestasi pelumbaan di masa akan datang buat Dixon dan juga Vierge.

Untuk kategori MotoGP pula, Dato Razlan gembira dengan keputusan Franco Morbidelli, yang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-2. Turut menambah, Morbidelli sudahpun memasang hasrat untuk berada di podium sejak tahun lepas lagi, dan beliau gembira, akhirnya impian tersebut tercapai.

Mengulas mengenai dua lagi pelumba tanah air, Dato Razlan berharap Hafizh Syahrin akan terus membuat yang terbaik untuk perlumbaan yang akan datang. Turut menambah, mata yang diperoleh hari ini amat baik untuk kedudukan dalam carta keseluruhan Kejuaraan Moto2 musim ini. Memberi ulasan lanjut buat Kasma Daniel, Dato Razlan percaya, walaupun Kasma tidak bernasib baik dan terbabas dalam perlumbaan hari ini, Kasma mengumpul pengalaman di setiap perlumbaan. Dan dari situ, Dato Razlan juga berharap supaya Kasma Daniel dapat memperbaiki prestasi untuk pusingan di Austria nanti.