COVID19 Bukan Penghalang, QatarGP dan ThaiGP Tetap Diteruskan

Kebanyakan negara sudah mula melakukan sekatan kemasukan pengunjung dari luar ke negara mereka akibat COVID19 yang tersebar luas seluruh dunia. Peningkatan angkat kematian juga makin meninggi tiada menunjukkan sebarang keputusan positif. Situasi di Qatar masih lagi terkawal dan tiada sebarang sekatan buat masa ini, manakala Thailand juga telah mengumumkan bahawa tiada pembatalan untuk ThaiGP 2020.

Semalam Buriram telah membuat sidang media mengumumkan tetap akan meneruskan ThaiGP. Manakala Dato Razlan juga telah mengesahkan daripada notis yang diberikan kepada beliau. Notis yang menyatakan tiada pembatalan untuk perlumbaan QatarGP. Langkah-langkah keselamatan turut diutamakan pada kali ini bagi membanteras permasalahan ini.

Dato Razlan – “Dapat notis semalam, semua masih lagi ok. Still on!”

Bagi peminat-peminat sukan permotoran di Malaysia yang telah menantikan lebih daripada tiga bulan untuk musim 2020, adalah terlalu lama. Mereka berharap perlumbaan pertama ini akan diteruskan juga kerana tidak sabar lagi untuk melihat aksi-aksi pelumba kegemaran mereka berlumba. Pada hari ini 28hb Feb – 1hb Mac adalah sesi ujian pra-musim terakhir kategori Moto3 dan Moto2. Pelumba negara yang akan turut serta adalah Khairul Idham Pawi, Kasma Daniel dan Hafizh Syahrin.

Negara-negara yang terlibat permasalahan COVID19 buat masa ini.

photo – LosailCircuit