CEV: Kasma Ingin Menimba Pengalaman di Jerez

FIM CEV Repsol pusingan ke-6 yang akan diadakan di Circuito De Jerez pada hujung minggu. Dijadualkan 2 perlumbaan moto3 yang akan berlansung pada hari Ahad. Kasma Daniel merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia, kategori Moto3 yang akan beraksi untuk perlumbaan tersebut. Perlumbaan kali ini dinyatakan masih lagi dalam proses pembelajaran mod serta menimba pengalaman untuk musim pertama ini.

Kasma Daniel – “Jerez merupakan litar GP yang hebat, saya telah membuat ulangkaji untuk memahami susun atur litar ini. Tetapi ianya tidak akan sama apabila berada di sana nanti. Saya ingin belajar sebanyak yang mungkin pada hujung minggu ini dan pada masa yang sama, saya cuba melakukan yang terbaik.  Saya berharap dapat mengumpul pengalaman sebanyak yang mungkin dengan 2 perlumbaan yang berlansung pada hari Ahad ini. Doakan kejayaan saya!”

Razmin Masli – “Didalam proses pembelajaran ini kami percaya langkah demi selangkah untuk kasma akan menimba pengalaman. Ini adalah kali pertama beliau berada di Jerez, susun atur litar di sini agak sedikit rumit untuk yang baru pertama kali berlumba. Kemahiran menunggang sangat diperlukan untuk memberi daya saing, kami akan cuba memberikan lebih masa untuk beliau membiasakan diri di litar tersebut. Semoga beliau dapat belajar serta memberikan yang terbaik semasa kedua-dua perlumbaan pada hari ahad ini.”

CEV Moto3 kini diungguli oleh Dennis Foggia dari pasukan Vr46 Academy, manakala Kasma kini berada di kedudukan ke-29.

sumber & credit photo – Petronas Sprinta