Alpinestar Airbag Mampu Menyelamatkan Nyawa Pelumba Dalam 0.2 saat

Ramai yang masih tidak tahu bahawanya setiap sut pelumba mempunyai Airbag dan ini adalah syarat wajib yang telah dikenakan oleh FIM. Jadi sedikit sebanyak maklumat mengenai sistem Alpinestar Airbag di sut para pelumba. Ingat lagi bagaimana jelas airbag Marc Marquez di keluarkan di sesi kelayakan di MalaysianGP awal November lalu. Perhatikan bagaimana airbag sensor dicetuskan dan mula mengembang sebelum Marc Marquez menimpa jatuh ke tarmac.

Ketika di ValenciaGP, salah seorang wakil MMM/MtM berpeluang untuk mendengar taklimat penerangan daripada wakil Alpinestar mengenai sistem airbag tersebut. Kebanyakkan pelumba dilindungi dengan sistem airbag dari Alpinestar. Terdapat 4 sensor yang di bahagian jaket airbag tersebut, pada bahagian bahu kiri dan kanan, belakang dan juga di bahagian tengah. Sensor ini akan memberi maklumat penuh tentang apa yang sedang dilakukan oleh pelumba tersebut. Sistem airbag hanya akan aktif apabila pelumba sudah berada di atas motor dengan memakai jaket airbag berserta sut berlumba. Sekiranya pelumba tidak berada di atas jentera, maka lampu hijau akan tetap menyala, tetapi sensor tersebut tidak akan diaktifkan. Kesemua sensor dapat mengesan pergerakan pelumba bersama jentera yang ditunggangi. Apabila jentera sudah mula bergerak setiap pergerakan dikesan oleh sensor tersebut.

Apakah petanda yang boleh dikesan oleh sensor tersebut supaya airbag dapat dikeluarkan?

Airbag akan tercetus apabila sensor menerima data pecutan (acceleration) yang tidak stabil. Sensor tersebut akan menukarkan segala data yang diterima dalam bentuk algoritma, dan sistem akan membuat keputusan sama ada airbag perlu dikeluarkan ataupun tidak.

Contohnya, apabila pelumba berlumba dengan sangat laju, bahu hampir mencecah tanah, sensor menghantar signal ke bahagian tengah, data tersebut ditukarkan dalam bentuk algoritma dan akan membuat keputusan sama ada pelumba tersebut jatuh, ataupun tidak. Kelajuan untuk sistem tersebut menerima dan menganalisa data adalah selaju 2milisaat. Ianya adalah sangat cepat!

Sekiranya sistem menganalisa bahawa pelumba akan jatuh, dengan serta merta airbag akan terus dikeluarkan. Dan apabila airbag dikeluarkan, pelumba hanya mempunyai 5saat untuk jatuh, dan selepas itu segala angin dari Airbag akan kurang dan sut kembali normal seperti biasa. Berdasarkan statistik, kemalangan paling lama adalah 7s iaitu di Mugello. Pelumba masih boleh meneruskan perlumbaan sekiranya masih mampu kerana masih ada satu lagi airbag tambahan. Pelumba juga akan dilindungi dengan sistem keselamatan airbag yang terakhir. Setiap sistem airbag hanya boleh mengeluarkan dua airbag, sekiranya pelumba masih kemalangan dan airbag dikeluarkan untuk kali kedua. Pelumba disarankan untuk tidak meneruskan, kerana sekiranya berlaku kemalangan impak besar akan berlaku untuk kali ketiga dan tiada airbag yang akan dikeluarkan. Apabila kedua-dua airbag sudah digunakan, jaket tersebut perlulah dipulangkan semula ke Alpinestar untuk di cas semula dan apabila sudah dicas penuh sut tersebut boleh diguna semula untuk sesi seterusnya.

Turut ditambah pada bahagian yang paling kurang cedera adalah bahagian atas badan kerana paling banyak dilindungi. Sistem airbag melindungi kesemua bahagian atas badan. Selain dari itu juga, sut perlumbaan turut mempunyai span di beberapa bahagian, antaranya lengan, bahagian belakang.

Sekali lagi, airbag akan dikeluarkan sebelum pelumba jatuh. Sistem akan menganalisa sama-ada pelumba akan jatuh atau pun tidak. Sekiranya kemalangan atau jatuh yang biasa, airbag tidak akan dikeluarkan. Sebab itu lah adanya span dan juga ‘back protector’ untuk melindung pelumba dengan kemalangan yang biasa. Jadi, berapakahharga untuk sistem airbag yang boleh digunakan selagi boleh di cas ini? Harganya lebih kurang 1250 Euro bersamaan dengan RM5000 lebih.