Alex Marquez vs Marc Marquez

Gambar: HRC

Gabungan masa sesi ujian FP1 dan FP2 kategori MotoGP di Jerez sebentar tadi mencatatkan masa Marc Marquez di tempat pertama, dan Alex Marquez di tempat ke 17.

Pada sesi sidang media sebentar tadi, Marc Marquez mengakui jentera Honda amat sukar untuk difahami. Beliau menunggang jenteranya sehingga jatuh beberapa kali untuk mempelajari dah memahami limitasi jentera tersebut. Hal ini menjelaskan mengapa beliau berulang kali jatuh terbabas semasa sesi latihan, sesi kelayakkan, dan ada juga ketika perlumbaan.

Alex Marquez selaku adik kepada Marc Marquez ternyata menggalas tanggungjawab yang besar kerana semestinya ada yang akan membandingkan prestasi beliau dan abangnya. Di soal sama ada beliau sudah bersedia untuk jatuh, dalam memahami jentera Honda (menggunakan taktik yang sama seperti Marc), Alex berkata beliau sudahpun bersedia dan sanggup mengambil risiko dalam memepelajari jentera yang beliau tunggang. Turut disoal mengenai Alex mengikuti jentera Marc di sesi latihan, Alex berkata beliau mempelajari cara tunggangan Marc, dan juga pelumba-pelumba yang lain.

Hujung minggu ini, Alex Marquez akan pertama kalinya berlumba dalam kategori MotoGP bersama pasukan Repsol Honda, dan beliau akan ke pasukan LCR Honda musim hadapan.