AdiWira Negara Siap Sedia Gempur Di Persada Dunia

Debaran kian tiba dalam menghitung hari, kurang dari 50 jam akan bermula pusingan pertama perlumbaan motorsikal kejohanan dunia grand prix 2018. Dimana ianya melibatkan pelumba negara yang turut serta akan memberi saingan sengit buat pelumba dari pelusuk dunia. Malaysia diwakili oleh pelumba yang tidak asing lagi yang telah mencipta nama di arena MotoGP ini, Hafizh Syahrin, Khairul Idham Pawi, Zulfahmi Khairuddin dan Adam Norrodin. Masing-masing mempunyai kriteria-kriteria tersendiri dalam arena permotoran, pernah menaiki podium, menjadi sumber inspirasi dunia tergolong dalam diri pelumba ini.

Hafizh Syahrin pelumba Malaysia yang telah menggemparkan dunia kerana dilamar dan telah menyertai pasukan berada di MotoGP lebih dari 20 tahun sebagai pelumba kedua Monster Yamaha Tech 3. Pada musim 2018 ini, beliau tergolong dalam kumpulan “Rookie” untuk kelas MotoGP, persaing-persaing beliau bukan calang-calang terdiri daripada Franco Morbidelli, Takaa Nakagami, Thomas Luthi dan Xavier Simeon. “Saya telah bersedia 100 peratus untuk perlumbaan pembukaan pada hujung minggu ini, dengan hasil berpasukan yang diberikan ketika di Losail telah memberi satu sumber semangat pada diri saya.” kata Hafizh

Zulfahmi Khairuddin juga merupakan “Rookie” dalam kategori Moto2 di bawah pengurusan pasukan SIC Racing. Pada ujian pra-musim terakhir yang berlansung di Jerez, beliau cuba memperbaiki dari segi semua aspek untuk menyesuaikan diri bersama jentera Kalex Moto2. Zulfahmi – “Walaupun tidak mencapai apa yang kami kehendaki pada ujian di Jerez, saya berpuas hati dapat memperbaiki sikit demi sedikit serta mendapatkan lebih banyak pengalaman bersama jentera sebelum perlumbaan pertama. Keyakinan saya semakin meningkat pada setiap sesi latihan dan saya bersiap sedia untuk ke Qatar”.

Khairul Idham Pawi yang akan berlumba untuk tahun kedua dalam Moto2 masih lagi bersama pasukan Idemitsu Honda Asia, baru-baru ini beliau telah menjalani pembedahan pada bahagian tangan. Walaupun belum pulih sepenuhnya beliau turut menjalani ujian pra-musim di Jerez dengan sebanyak 50 pusingan dari 5 sesi daripada 9 sesi. Mungkin akibat cuaca hujan menyebabkan beliau tidak dapat melakukan ujian masa, tetapi dengan kecederaan yang masih belum pulih catatan masa beliau tidak terlalu jauh dengan pendahulu masa.

Satu-satunya pelumba Moto3 Adam Norrodin yang kini sudah tiga tahun berada dikelas Moto3 ini di bawah pengurusan Petronas Sprinta Racing. Adam lebih memberi tumpuan persediaan pada jentera dari segi brek dan lain-lain, manakala rakan sepasukan beliau Ayumu telah menerima enjin baru untuk sesi latihan di Jerez. “Kami dapat melakukan beberapa modifikasi pada jentera dan ianya membuahkan hasil walaupun tidak saya berpeluang untuk mengujinya dengan lebih lama, ini disebabkan cuaca yang tidak baik. Saya dan ahli pasukan telah menemui apa yang kami perlukan, kini terpulang pada saya pada hari perlumbaan pembukaan di Qatar nanti.” – Adam Norrodin

Tiada yang mustahil, tiada yang tidak mustahil, mereka akan berlumba dengan sedaya upaya untuk mencapai matlamat mereka untuk memberikan yang terbaik daripada yang terbaik. Naik turun adalah lumrah seseorang pelumba tetapi mereka perlu berhabis baik untuk memenuhi kepuasan diri serta peminat. Tahniah buat Hafizh Syahrin, ianya adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka oleh Malaysia, Tahniah buat Zulfahmi kini kembali ke arena yang lebih diminati oleh peminat permotoran di Malaysia. Buat Adam dan Khairul Idham, mereka perlu lebih memberi tumpuan untuk mencapai sasaran yang diberikan, setelah memasuki tahun ketiga dan kedua dalam kategori masing-masing.

sumber – SIC Racing Team, Monster Yamaha Tech 3, Petronas Sprinta Racing