Adam Juga Hafizh Menyengat Pada Sesi Latihan

Pusingan kedua yang telah bemula di Argentina, litar Autódromo Termas de Río Hondo yang pernah melakar sejarah dalam dunia permotoran Malaysia. Apabila Khairul Idham Pawi berjaya memenangi perlumbaan dalam kategori Moto3. Pada hujung minggu ini cuaca diramalkan hujan telah membuat peminat teruja untuk melihat perlumbaan lebih-lebih lagi melibatkan pelumba negara yang terkenal dengan kehebatan mereka ketika berlumba dalam keadaan cuaca hujan. Pada sesi latihan pertama bermula dengan Moto3 serta perubahan jadual disaat akhir, diikuti oleh kategori Moto2 dan MotoGP yang selalunya bermula dengan Moto3, MotoGP dan Moto2.

Adam Norrodin telah berjaya melakukan catatan masa kedua terpantas pada sesi latihan pertama sekaligus mengejutkan segelintir pihak. Manakala pada sesi kedua pula beliau dapat mengekalkan momentum walaupun berada di posisi ke-8 tetapi catatan masa beliau menunjukkan peningkatan 1.4 saat lebih pantas daripada sesi pertama. Rakan sepasukan beliau Ayumu Sasaki sekadar berada di posisi ke-15, mereka kini bersiap sedia untuk sesi latihan ketiga serta sesi kelayakan pada tengah malam ini.

Bagi kategori Moto2 yang melibatkan dua pelumba negara, yang berada di posisi ke-28 Zulfahmi Khairuddin dan ke-29 Khairul Idham Pawi masih mencari rentak untuk menyesuaikan diri bersama jentera dan litar. Seperti mana yang kita tahu Moto2 adalah kategori yang dikatakan lebih sukar berbanding Moto3 dan MotoGP. Pada sesi latihan kedua pula tidak menunjukkan sebarang peningkatan, mereka sekadar berada di posisi ke-29 Khairul Idham dan ke-30 Zulfahmi.

MotoGP adalah saat yang dinanti untuk melihat tahap prestasi Hafizh Syahrin, jika diteliti, dilihat pada aksi beliau di Qatar selalunya catatan masa beliau 2 ke 3 saat di belakang pada permulaan sesi, tetapi di Argentina semalam beliau berjaya melakukan satu momentum yang baik sepanjang sesi pertama untuk berada dia di posisi 5 teratas untuk jangka masa yang lama pada saat awal sesi latihan. Pada sesi pertama Hafizh berjaya berada di posisi ke-11, beliau menunjukkan tahap peningkatan yang tinggi pada sesi pertama. Pada sesi kedua pula beliau berada di posisi ke-16, catatan masa menunjukkan ada sedikit penurunan berbanding dari sesi pertama.

Kini beliau berada di posisi ke-17 hasil dari gabungan kedua-dua sesi, untuk terus melangkah ke sesi kelayakan Q2 (tanpa perlu melakukan sesi kelayakan Q1) beliau perlu berada di posisi ke-10 teratas daripada gabungan catatan masa sesi pertama, kedua dan ketiga.

Hafizh Syahrin – “Saya telah melakukan yang terbaik pada FP2 dan juga pada sesi pertama pagi ini. Walaupun sukar untuk melakukan satu pusingan yang sempurna tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati. Pada sesi kedua, keadaan sedikit rumit, saya lebih memberi tumpuan untuk terus cuba berada di sesi kelayakan Q2 dan akhirnya saya telah melakukan kesilapan tetapi saya telah fahami kesilapan yang telah saya lakukan. Secara keseluruhan keadaan jentera ‘kuda liar’ dan saya sangat baik. Kami akan melihat data untuk membuat penambahbaikan pada sesi ketiga dan saya berharap dapat membuat satu langkah lagi ke hadapan”

photo – Petronas Sprinta, SIC Racing, Yamaha Racing